Monday, January 5, 2009
Sunday, January 4, 2009
Tahun Baru 2009, Lokasi Baru 2009

Salam, Selamat menyambut Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Semoga kita lebih kreatif dan innovatif dalam mengharungi cabaran tahun 2009 ini yang dikatakan akan mengalami kejatuhan ekonomi. Kami ingin memaklumkan kepada peminat-peminat dan penternak-penternak vermiculture Malaysia, kami tidak lagi beroperasi di IKS, Paya Rumput. Kami telah berpindah ke lokasi yang baru iaitu di Kampung Paya Ikan Melaka. Kami beroperasi di daerah melaka tengah so kalau dari daerah Jasin, Merlimau, Melaka tengah, Alor Gajah atau luar negeri nak datang ke bangsal kami, landmark kami hanya jaya jusco melaka.
Kami dapati penghujung 2008 dan awal tahun 2009 ini permintaan cacing dan juga baja mendapat sambutan di luar jangkaan dan setiap negeri sibuk mewujudkan penternakan cacing disetiap daerah kerana kebanyakkan institusi-institusi pertanian memerlukan jumlah baja cacing dengan kuantiti yang banyak. Peladang-peladang negeri juga sudah mula minta cacing dan baja cacing untuk kegunaan mereka. So sesiapa yang memperjuangkan bidang vermiculture ini kami lihat tidak sia-sia. Hanya kesabaran dan kegigihan yang diperlukan.
Kami masih lagi buat supply cacing ke seluruh Malaysia setiap minggu tetapi kuantiti yang terhad kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Boleh berhubung dengan kami jika memerlukan bekalan.
Monday, December 22, 2008
Baja cacing tanah mampu atasi baja kimia
Ia kerana baja yang dihasilkan oleh cacing tersebut dikenal pasti mempunyai campuran nutrien lengkap dengan campuran organisma yang lebih baik serta zat makanan dan mineral yang mampu menyuburkan tumbuhan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang.
Malah, baja yang terhasil daripada cacing tanah itu juga terbukti bersifat mesra alam kerana mampu memperbaiki kualiti tanah pada tahap yang memuaskan selain berupaya meningkatkan kestabilan dan pengudaraan pada tanah sekali gus mengurangkan hakisan.
Sekretariat ECER dalam kenyataannya baru-baru ini menyebut kajian itu juga mendapati, selain lebih berkualiti dan bermanfaat, kos baja cacing tanah juga jauh lebih murah berbanding baja kimia yang didapati dipasaran ketika ini.
‘‘Bahan campuran kompos dan bahan buangan cacing adalah lima kali lebih kaya daripada jumlah sedia ada dalam nitrogen, tujuh kali lebih kaya daripada jumlah sedia ada dalam phosphates dan 11 kali lebih kaya berbanding jumlah sedia ada dalam photash yang boleh didapati pada enam inci pertama permukaan tanah,” katanya.
Kata kenyataan itu, kajian itu juga merumuskan bahawa cacing tanah sebenarnya merupakan penyelesaian secara natural terhadap sisa makanan dan makhluk tersebut mampu bertindak seperti sebuah mesin penghadaman yang amat cekap.
Ia kerana cacing berkenaan mampu menghadam makanan separuh daripada berat badannya sendiri pada setiap hari dan menukar makanan yang telah dihadam menjadi bahan organik sekali gus meninggalkan bahan buangan iaitu zat makanan lengkap.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Thursday, December 11, 2008
Sedikit Update dari kami
Saturday, September 13, 2008
Vermiculture - Backyard production of earthworms

The “vermi” or earthworms are important in enriching the soil with organic matter which comes from biodegradable materials such as dead plants and animals which the earthworms ingest. Besides this,there are other benefits from earthworms. The castings of earthworms also known as vermicompost is an excellent soil enhancer and bioactive high quality fertilizer for organic farming. This is a perfect alternative to using chemical fertilizers, and this has been proven in field tests. Earthworms can also be made into feed for fish and other domesticated animals called vermimeal.
Advantages of Vermicomposting
* Environment friendly since earthworms feed on anything that is biodegradable, vermicomposting then partially aids in the garbage disposal problems.
* No imported inputs required worms are now locally available and the materials for feeding are abundant in the locality as market wastes, grasses, used papers and farm wastes.
* Vermicompost is more effective as an organic fertilizer than ordinary compost
* Has auxin, a naturally occurring growth hormone
* Improves soil health
* No overdosage
* Turns trash to cash
* Highly profitable both the worms and castings are saleable
Market Potential
* World and local markets for vermicomposting are big.
* World consumption of organically grown foods is estimated at US$ 100 billion per year.
* In 1993, the potential use of organic fertilizer covered 2.5 million hectares in the Philippines.
* The demand for organic fertilizer in 1993 was 6.25 billion bags (50 kg/bag) compared to actual consumption of only 62,000 metric tons.
Saturday, August 2, 2008
Effective Microorganisms
Dalam aplikasi EM-1, penambahan kepadatan mikrob yang berguna ke dalam medium seperti tanah, air dan bahan organic adalah kunci untuk kejayaan EM-1. Oleh itu, dengan mengaktifkan EM-1 (Activated EM-1) adalah sangat ekonomi untuk penggunaan berskala besar dan hasilnya kita akan mendapat EMAS (EM-Activated Solution).
Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?
Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.
Penggunaan dan perancangan berterusan EM yang betul dari peringkat awal membantu operasi ternakan lebih berkesan dengan kos yang minima.
Untuk penternakan cacing, saya akan cuba share pengalaman saya menggunakan EM-1 atau yg telah diactivatekan (PROBAC) untuk rujukan penternak-penternak lain. Untuk rendaman tinja kambing, kami menggunakan nisbah 1:50 untuk nyahbau dan nyah ammonia. Untuk habuk papan juga kami menggunakan EM iaitu dengan nisbah 1:50 untuk nyahbau dan pereputan yang lebih cepat semasa cacing makan media. Untuk siraman kepada media cacing adalah 1:500. Selamat mencuba!
Friday, July 25, 2008
Ekstrak Cacing Tanah
• Cacing tanah di dunia telah teridentifikasi sebanyak 1.800 spesies. Dari jumlah tersebut, ada dua spesies yang popular diusahakan, iaitu Lumbricus rubellus (dikenal dengan cacing merah) dan Pheretima aspergillum (cacing organik), yang banyak digunakan dalam perubatan.
L. rubellus telah banyak dibudidayakan di Indonesia, sedangkan Pheretima belum banyak dibudidayakan.
Jika kita pergi ke kedai ubat cina di indonesia untuk mencari ubat demam atau tifus, penjual akan menyarankan supaya menggunakan cacing kering untuk direbus dan diminum airnya, atau kalau tidak suka dengan baunya yang cukup memualkan, kita boleh makan cacing ini dalam bentuk kering yang sudah dimasukkan dalam kapsul.
Cacing kering yang diberikan itu adalah jenis cacing L.rubellus dan Ph. aspergillum. Cacing tanah menarik perhatian kerana dalam keadaan yang buruk sekalipun mereka boleh bertahan hidup.
Di Indonesia dan negara-negara lain seperti India, media vermikultur yang popular adalah dengan otoran lembu. Dari hal itu pasti cacing tanah memiliki antibodi yang unik dalam tubuhnya yang mampu mempertahankan dirinya dari keadaan yang buruk iaitu di dalam kotoran dan mungkin dapat dimanfaatkan untuk kebaikan manusia.
Kandungan kologen kimia cacing tanah memang unik. Kadar protein cacing tanah sangat tinggi, yaitu 58 peratus sehingga 78 peratus daripada cacing yang telah dikeringkan (lebih tinggi daripada ikan dan daging) yang dikira dari jumlah nitrogen yang terkandung di dalamnya.
Selain itu, cacing tanah rendah lemak, yaitu hanya 3 peratus sehingga 10 peratus sahaja. Protein yang terkandung dalam cacing tanah mengandung asid amino esensial dan kualitinya juga melebihi ikan dan daging.
Oleh kerana itu, di Jepun, Hungari, Thailand, Filipina, dan Amerika Syarikat, cacing tanah sudah dimanfaatkan sebagai bahan makanan manusia selain digunakan sebagai ramuan ubatan untuk pencegahan dan perubatan dan kosmetik serta farmaseutikal.
